Jika ura-ura mengatakan Steam akan melakukan jualan promosi bersempena musim panas Jun ini, Humble Store minggu ini memulakan jualan promosi bersempena musim bunga. Jualan promosi ini akan berakhir pada 1 pagi, 25 Mei 2018.

Melalui jualan promosi ini Humble Store juga menggunakan konsep setem untuk memberikan pembeli lebih penjimatan. Anda akan mendapat 1 setem dengan setiap pembelian bernilai $5 (RM20).

Setem pertama akan memberikan anda potongan harga 10% untuk permainan Surviving Mars dan Humble Monthly. Jika mempunyai 3 setem anda akan mendapat permainan AI War: Fleet Comand secara percuma dan 5 setem mendapat permainan 12 Better than 6 juga percuma.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapat pelbagai permainan dengan lebih murah dan berikut adalah antara permainan yang kami syorkan.

  1. Assassin’s Creed Origins – $59.99 $35.99
  2. Tom Clancy’s Rainbow Six Siege – $39.99 $19.99
  3. South Park: The Fratucred But Whole – $59.99 $29.99
  4. Deus Ex Mankind Divided – $29.99 $4.49
  5. Just Cause 3 XL Edition – $44.99 $6.74
  6. Rise of the Tomb Raider: 20 Year Celebration – $59.99 $19.79
  7. Dark Souls III – $14.99 $59.99
  8. Little Nightmares – $19.99 $9.99
  9. F1 2017 – $59.99 $17.99
  10. Dirt 4 – $59.99 $17.99
[info]Jualan Promosi Musim Bunga: Humble Store[/info]

Leave a Reply