Informasi Permainan Video Terkini
Va-11 Hall-A Akan Dikeluarkan Untuk Playstation 4 Dan Switch Pada Tahun 2019

Va-11 Hall-A Akan Dikeluarkan Untuk Playstation 4 Dan Switch Pada Tahun 2019

Diterbitkan pada Mei 17, 2018 oleh .

Va-11 Hall-A ataupun disebut sebagai ‘valhalla’ merupakan permainan novel visual bertemakan dunia cyberpunk. Permainan ini dikeluarkan oleh Sukeban Games untuk PC pada 2016, kemudian versi Vita pada tahun 2017.

Minggu ini Sukeban Games mengumumkan mereka akan mengeluarkan permainan ini untuk Playstation 4 dan Switch yang akan dikeluarkan pada tahun 2019.

Melalui permainan ini, pemain akan menjadi pelayan bar dan harus berbual dan membuat minuman untuk pelanggan. Melalui aktiviti ini pemain akan mendapat pelbagai cerita yang menarik.