Skip to main content

Ubisoft sekali lagi menawarkan Tom Clancy’s Rainbow Six Siege secara percuma sepanjang hujung minggu ini. Pemain boleh bermain kesemua mod yang ada tanpa sebarang sekatan.

Tawaran ini bermula pada 17 Mei berakhir pada 21 Mei dan terbuka untuk  PlayStation 4 dan juga Xbox One. Manakala untuk PC bermula 18 Mei sehingga 21 Mei. Untuk tidak terlepas tawaran ini, anda boleh melawati laman Rainbow Six Siege dan menambah tawaran ini ke kalendar anda.

Selain pada itu, jika selepas mencuba anda ingin memiliki permainan ini secara penuh anda boleh membelinya dengan potongan harga 50%. Selamat mencuba.

Leave a Reply