Informasi Permainan Video Terkini
Blizzard Mengumumkan Overwatch Legendary Edition – Menyertakan 15 Kostum
PC

Blizzard Mengumumkan Overwatch Legendary Edition – Menyertakan 15 Kostum

Diterbitkan pada Mei 15, 2018 oleh .

Overwatch bakal menyambut ulang tahun ke-2 pada 24 Mei nanti, selain mengumumkan acara khas yang dianjurkan bermula 23 Mei ini, Blizzard juga memberi peluang kepada pemain yang tidak memiliki permainan ini untuk mencuba secara percuma bermula 26 hingga 29 Mei di PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Selain itu Blizzard juga mengumumkan mereka akan mengeluarkan Overwatch Legendary Edition. Melalui edisi ini, selain daripada permainan Overwatch pemain juga akan mendapat 15 kostum dari kategori Legendary, Epic dan Origin tetapi tiada maklumat lanjut mengenai pembahagian untuk setiap kategori. Harga juga masih belum dikongsi kan dan hanya boleh didapati secara digital.

Bagi anda yang berminat untuk mengumpul kostum Overwatch, pemain yang memasuki permainan semasa acara berlangsung akan diberikan kotak tikam khas (Legendary Anniversary Loot Box) yang akan mengandungi satu barangan dari kategori Legendary.

Pemain yang membeli 50 kotak tikam juga akan menerima satu lagi kotak tikam khas tersebut. Kami sudah semestinya tidak sabar menanti sambutan tahun ke-2 untuk Overwatch ini.


TIPS & ULASAN