Tidak Semua Permainan Switch Menyokong Storan Awan

Nintendo baru-baru ini berkongsi maklumat lanjut mengenai Nintendo Switch Online dan antara perkara utama adalah pelanggan untuk servis ini adalah mendapat akses kepada storan awan.

Servis storan awan ini membolehkan pemain memuat naik data simpanan permainan mereka dan boleh dijadikan sebagai salinan agar anda tidak kehilangan simpanan tersebut.

Berdasarkan terjemahan laman rasmi Nintendo Jepun, tidak semua perisian/permainan akan menyokong servis ini. Buat masa ini tidak penerangan lanjut mengenai ini akan tetapi kami menjangkakan ia berdasarkan saiz simpanan permainan tersebut. Jika simpanan permainan melebihi sesuatu saiz, simpanan tersebut tidak boleh dimuat naik ke awan.

Sohor Kini