Informasi Permainan Video Terkini
NBA Playgrounds 2 Diumumkan Untuk PS4, Xbox One, Switch dan PC

NBA Playgrounds 2 Diumumkan Untuk PS4, Xbox One, Switch dan PC

Diterbitkan pada Apr 18, 2018 oleh .

Saber Interactive hari ini mengumumkan permainan NBA Playgrounds 2 akan dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada tahun ini akan tetapi tiada tarikh tetap yang dinyatakan.

Menurut Saber untuk siri kedua permainan ini akan disertakan dengan mod multi-pemain di atas dan luar talian selain itu untuk pengemear permainan secara solo, mod musim juga akan disertakan yang menurut mereka pemain akan melalui musim biasa, playoff dan juga NBA Championship.

NBA Playgrounds 2 turut akan mempunyai mod perlawanan atas talian untuk 4 pemain, dan sistem liga sedunia untuk perseorangan ataupun koperasi yang dipanggil sebagai mod Playgrounds Championship.

Permainan ini akan mempunyai lebih 200 watak daripada pemain NBA sekarang dan juga yang sudah bersara antaranya adalah Stephen Curry, Kevin Durant, James Harden, Kyrie Irving, LeBron James, Russell Westbrook, Giannis Antetokounmpo, Anthony Davis, DeMar DeRozan, Damian Lillard, Karl-Anthony Towns, Shaquille O’Neal, Magic Johnson, Dr. J., Allen Iverson dan Larry Bird.