Golf Story Untuk Switch Akan Turut Dikeluarkan Secara Fizikal

Pada Mac lepas, Nintendo berkongsi senarai permainan indie yang terjual paling banyak di Switch dan antara permainan yang tersenarai adalah Golf Story. Permainan ini merupakan permainan RPG yang pertempuran digantikan dengan permainan golf.

Baru-baru ini berdasarkan rating yang diberikan ESRB boleh dikatakan permainan ini akan menerima keluaran secara fizikal berbanding hanya digital buat masa ini.

Ini merupakan satu berita yang baik untuk pemain yang lebih mengemari untuk membeli permainan secara fizikal.

Sohor Kini