Sebelum ini trailer pendek dikeluarkan untuk mengumumkan tarikh Runner3 dikeluarkan untuk PC dan Nintendo Switch iaitu pada 22 Mei 2018. Kali ini Nintendo berkongsi trailer terbaru untuk permainan ini.

Trailer ini mempertontonkan lebih banyak teknik permainan yang ada. Walaupun menggunakan teknik permainan yang sama seperti Runner dan Runner 2 tetapi oleh kerana Runner 3 dalam bentuk 2.5D pemain kini boleh ke kiri atau kanan tidak seperti siri sebelum ini iaitu melompat atau menunduk sahaja.

Pengakhiran video ini juga memperlihatkan pelbagai watak yang mungkin boleh digunakan, watak-watak tersebut adalah dari siri permainan lain seperti Shovel Knight, Brutal Legends dan Oddworld. Kami sangat menyukai permainan ini dan semestinya tidak sabar untuk bermain siri ketiga ini.

Sohor Kini