Informasi Permainan Video Terkini
Perkembangan Terbaru Beyond Good and Evil 2 Akan Dikongsikan Pada 4 Mei 2018
PC

Perkembangan Terbaru Beyond Good and Evil 2 Akan Dikongsikan Pada 4 Mei 2018

Diterbitkan pada Mei 3, 2018 oleh .

Beyond Good And Evil 2 adalah permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Ubisoft. Ia merupakan permainan berlaku sebelum daripada Beyond Good And Evil yang dilancarkan di Playstation 2 dan Xbox pada 2003 lepas.

Beyond Good And Evil 2 sebelum ini diumumkan ketika E3 Jun lepas di mana Ubisoft mempamerkan sebilangan trailer bersama bentuk permainan. Jika anda ingin mengetahui perkembangan terbaru mengenai permainan ini, Ubisoft melalui kuciran di akaun Twitter mereka mengumumkan strim secara langsung akan diadakan pada 12 pagi 4 Mei 2018.

Kami akan kemaskini apa yang dikongsi kan oleh mereka akan tetapi jika anda ingin menonton sendiri anda boleh melakukan di Youtube, Twitch ataupun Facebook.