Informasi Permainan Video Terkini
PUBG Akan Membolehkan Pemain Memilih Peta Kegemaran Mereka
PC

PUBG Akan Membolehkan Pemain Memilih Peta Kegemaran Mereka

Diterbitkan pada Apr 20, 2018 oleh .

PUBG untuk masa sekarang mempunyai 2 pilihan peta iaitu Erangel dan juga Miramar. Berdasarkan pelan tindakan mereka untuk 2018, 2 peta lagi akan hadir (Savage Map sedang diuji, manakala satu lagi peta masih dalam pembangunan).

Pemain sudah semestinya mempunyai peta pilihan mereka sendiri sehinggakan ada pemain yang membuang fail sesuatu peta untuk mengelak dari bermain di peta yang tidak diinginkan. Untuk menyelesaikan masalah ini, PUBG melalui penulisan di Steam mengumumkan mereka kini sedang mencuba untuk membolehkan pemain memilih peta yang mereka inginkan.

Menurut PUBG, fungsi ini mengambil masa yang lama untuk disertakan di dalam permainan kerana mereka risau akan membuatkan matchmaking mengambil masa yang lebih lama berbanding biasa.

Selepas mencuba fungsi ini di pelayan percubaan, fungsi ini akan dikeluarkan untuk semua dalam masa terdekat selepas itu. Anda mempunyai peta kegemaran anda?


TIPS & ULASAN