Informasi Permainan Video Terkini
Super Mario Run Mempunyai 20 Juta Pemain Aktif Setiap Bulan

Super Mario Run Mempunyai 20 Juta Pemain Aktif Setiap Bulan

Diterbitkan pada Mei 2, 2018 oleh .

Super Mario Run merupakan pertama kali permainan Mario boleh dimainkan di peranti mudah alih. Dikeluarkan pada Disember 2016, permua ini masih menunjukkan peningkatan dari segi jumlah di muat turun yang agak memberangsangkan.

Melalui laporan kewangan Nintendo, mereka juga mengatakan secara purata setiap bulan ada lebih 20 juta pemain yang aktif bermain permua ini. Akan tetapi jumlah ini adalah pemain yang membuka permua tersebut sekurang-nya sekali dalam masa sebulan.

Oleh kerana permua ini adalah percuma untuk peringkat awal, kami tidak mempunyai maklumat mengenai jumlah pemain yang membeli permua ini secara penuh berbanding dengan jumlah pemain yang memuat-turun.

Nintendo baru-baru ini mengatakan mereka akan terus memfokuskan untuk menghasilkan lebih banyak permua dan sebelum ini pernah mengatakan mereka ingin meningkatkan keuntungan daripada perniagaan permua mereka.


TIPS & ULASAN