Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Ingin Meningkatkan Keuntungan Dari Permua Keluaran Mereka

Nintendo Ingin Meningkatkan Keuntungan Dari Permua Keluaran Mereka

Diterbitkan pada Feb 6, 2018 oleh .

Melalui temubual bersama Nikkei (diterjemahkan oleh Japanese Nintendo), Presiden Nintendo Tatsumi Kimishima mengatakan walaupun mereka telah mengeluarkan permua seperti Mario Run dan Animal Crossing: Pocket Camp akan tetapi pendapatan yang dijana masih tidak menguntungkan.

Nintendo mengatakan di dalam perniagaan permua mereka mempunyai 3 sasaran iaitu menambah jumlah pemain, menjadi tunjang untuk pendapatan bagi Nintendo dan integrasi antara permua dengan konsol mereka.

Mengikut beliau lagi, mereka akan meneruskan sokongan terhadap permua sekarang dan melakukan perubahan yang perlu untuk memastikan pendapatan yang diterima adalah menguntungkan. Setakat ini bagi kami Nintendo tidak mempunyai permua yang mampu untuk terus menjana pendapatan akan tetapi mungkin dengan pelancaran Mario Kart Tour pada 2019 nanti serba sedikit dapat membantu.


TIPS & ULASAN