Skip to main content

Minggu lepas kami melaporkan PUBG untuk PC akan membolehkan pemain untuk memilih peta kegemaran mereka. Kali ini mereka mengatakan akan turut melakukan keseimbangan semula untuk senjata yang terdapat di dalam PUBG berdasarkan penulisan mereka di Steam.

Sasaran mereka adalah untuk memastikan tiada senjata yang terlalu baik apabila di bandingkan dengan senjata-senjata yang lain. Berdasarkan kajian mereka, hanya beberapa senjata sahaja yang sering digunakan oleh pemain sedangkan mereka inginkan pemain memilih senjata berdasarkan pilihan mereka dan bukan kerana senjata itu lebih baik.

Selain itu mereka juga akan melakukan perubahan bagi penambahan untuk senjata untuk menghasilkan lebih banyak penambahan dan pemain memilih berdasarkan cara mereka bermain dan bukan kerana penambahan tersebut lebih baik.

Manakala untuk helmet tahap ketiga yang menurut mereka bagaikan memberikan nyawa lebih kepada pemain kerana tembakan kepala tidak akan membunuh pemain yang memakai helmet tersebut. Mereka akan menjadikan helmet tersebut hanya boleh didapati melalui care packages sahaja.

Buat masa ini mereka tidak menyatakan bila perubahan ini akan dilakukan akan tetapi mereka akan mencubanya di pelayan percubaan terlebih dahulu. Apa pendapat anda mengenai perubahan yang akan dilakukan ini?

Leave a Reply