Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Battle Royal Darwin Project Kini Percuma Untuk Dimainkan – Masih Di Peringkat Akses Awal
PC

Permainan Battle Royal Darwin Project Kini Percuma Untuk Dimainkan – Masih Di Peringkat Akses Awal

Diterbitkan pada Apr 23, 2018 oleh .

Darwin Project merupakan permainan battle royale yang mempunyai elemen ketahanan hidup dan memasuki askes awal untuk PC dan Xbox One pada 10 Mac 2018. Pada 21 April lepas Scavengers Studio mengumumkan yang Darwin Project kini permainan yang percuma untuk dimainkan.

Darwin Project sebelum ini boleh didapati dengan harga RM32.00, untuk pemain yang membelinya anda akan diberikan Founder’s Pack yang mengandungi 2 set MTL Legendary, 3 kapak Legendary, 3 busur panah Legendary, koleksi jumpsuit dan 5 hadiah rawak.

Keputusan ini semestinya diambil kerana agar memberikan mereka peluang untuk bersaing dengan PUBG dan Fortnite terutamanya yang juga percuma untuk dimainkan. Permainan ini masih di peringkat askes awal dan dijangka akan dikeluarkan secara penuh pada tahun ini.

Muat Turun: Darwin Project


TIPS & ULASAN