Informasi Permainan Video Terkini
Disgaea 1 Remake Akan Tiba Untuk Pasaran Global Pada Suku Keempat 2018

Disgaea 1 Remake Akan Tiba Untuk Pasaran Global Pada Suku Keempat 2018

Diterbitkan pada Apr 23, 2018 oleh .

Disgaea 1 ataupun Disagea Hour of Darkness yang dikeluarkan pada tahun 2003 dibangunkan semula untuk dikeluarkan bagi konsol Playstation 4 dan Nintend Switch. Jika sebelum ini hanya diumumkan untuk pasaran Jepun, kali ini NIS America mengumumkan permainan ini turut akan dikeluarkan secara global pada suku keempat 2018.

Di Jepun permainan ini berjudul Disgaea Refine tiada pengesahan lagi untuk pasaran global. Disgaea merupakan permainan RPG strategi dan siri terbaru permainan ini Disgaea 5 boleh didapati untuk Playstation 4, Nintendo Switch dan PC.

Kami semestinya tidak sabar untuk bermain balik permainan yang memulakan siri Disgaea ini.