Informasi Permainan Video Terkini
Super Mega Baseball 2 Akan Dikeluarkan Pada 1 Mei 2018 Untuk PS4, Xbox One dan PC
PC

Super Mega Baseball 2 Akan Dikeluarkan Pada 1 Mei 2018 Untuk PS4, Xbox One dan PC

Diterbitkan pada Apr 19, 2018 oleh .

Super Mega Baseball 2 merupakan permainan bergenre sukan baseball yang mana membawakan rekaan yang cantik dan kemas, serta bentuk permainan realistik. Ia dibangunkan oleh Metalhead Software dan sebelum ini kami melaporkan yang permainan ini tertunda ke tahun 2018.

Hari ini bersama dengan video memperlihatkan teknik permainan terbaru Metalhead mengumumkan permainan ini akan dikeluarkan pada 1 Mei 2018 untuk PS4, Xbox One dan PC.

Menurut pengasas bersama Metalhead Scott Drader untuk siri kedua permainan ini mereka cuba menghasilkan permainan yang lebih realistik terutama untuk peminat baseball akan tetapi pada sama masih mengekal teknik permainan yang lebih kasual.

Menurut beliau lagi permainan ini akan mempunyai cross-play di antara PC dan Xbox One dan juga PC dan PS4 tetapi tidak untuk PS4 dan Xbox One. Selain mempunyai koperasi di atas talian dan satu lawan satu, pemain juga boleh bermain mod liga yang membolehkan pemain mencipta pasukan sendiri. Untuk PS4 Pro dan Xbox One X permainan ini akan mempunyai kualiti grafik yang dipertingkatkan.

Buat masa ini tiada penyenaraian harga di Steam ataupun Playstation Store akan tetapi untuk pasaran US harga permainan ini adalah $30 (RM 116).


TIPS & ULASAN