Informasi Permainan Video Terkini
Super Mega Baseball 2 Ditangguhkan Ke 2018
PC

Super Mega Baseball 2 Ditangguhkan Ke 2018

Diterbitkan pada Ogos 13, 2017 oleh .

Super Mega Baseball 2 merupakan permainan bergenre sukan baseball yang mana membawakan rekaan yang cantik dan kemas, serta bentuk permainan realistik. Ia dibangunkan oleh Metalhead Software dan sepatutnya dijadualkan untuk pelancaran pada bulan September 2017 ini.

Walaubagaimanapun, kini pihak pembangunnya mengumumkan yang mana pembangunan mengalami sedikit cabaran, dan permainan berkenaan kini ditangguhkan untuk pelancaran pada 2018 kelak.

Tiada tarikh yang diberikan buat masa ini, tetapi dengan masa tambahan ini, mereka dijangka akan dapat mengoptimasikan lebih permainan berkenaan.

Super Mega Baseball 2 disasarkan untuk diperkenalkan untuk PC, PlayStation 4, dan juga Xbox One.