Skip to main content

Detroit: Become Human akan dikeluarkan pada 25 Mei ini. Permainan ini adalah mengenai tiga android yang sepatutnya hanya mengikut arahan, mula mempunyai perasaan sendiri. Berdepan dengan penganiayaan dan kekejaman masyarakat mereka mesti memilih apa yang harus mereka lakukan. Watak utama untuk permainan ini adalah;

  • Connor yang merupakan android prototaip bernombor RK800 yang dihasilkan oleh CyberLife dan bertanggungjawab untuk menyiasat salah laku android lain.
  • Markus pula adalah android bernombor RK200 yang mana beliau dimiliki oleh seorang pelukis bernama Carl Manfred dan menjadi ketua pemberontak untuk android
  • Kara adalah android bernombor AX400 yang mana ia merupakan android yang memfokuskan pembantuan kerja rumah dan menjaga anak kecil.

Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenai tiga watak utama ini melalui penulisan kami berdasarkan maklumat yang dikongsi kan oleh David Cage.

Sebelum ini kami ada melaporkan permainan ini mempunyai 513 watak, 2000 muka surat skrip, 35,000 penangkapan kamera, 74,000 unik animasi dan 5.1 juta barisan kod. Minggu ini Quantic Dream berkongsi pula mengenai muzik latar permainan ini melalui video belakang tabir.

Apa yang menarik adalah untuk setiap watak utama, mereka menggunakan tiga komposer yang berlainan.

Bagi watak Connor mereka memilih Nima Fakhara sebagai komposer, beliau sebelum ini menghasilkan muzik untuk Resident Evil Revelations 2.

Untuk watak Kara, komposer adalah Philip Sheppard yang menghasilkan muzik untuk Chosen dan juga trailer Star Wars: The Force Awakens.

Manakala watak Markus mempunyai John Paesano sebagai komposer yang menghasilakan musik untuk siri filem The Maze Runner, siri Netflix Daredevil dan juga The Defenders.

Selain penceritaan, muzik juga memainkan peranan penting untuk meningkatkan kualiti sesuatu permainan. Nampaknya Quantic Dream sangat mementingkan kualiti muzik untuk permainan ini menjadikan kami tidak sabar untuk mencubanya.

Leave a Reply