Vampyr merupakan permainan terbaru dari Dontnod Entertainment iaitu pembangun permainan Life is Strange, mereka sebelum ini berkongsi trailer terbaru permainan Vampyr yang memfokuskan kepada penceritaan.
Minggu ini mereka berkongsi spesifikasi untuk permainan ini bagi pengguna PC.
Konfigurasi Minima
-
- OS: Windows 7/8/10 (64 bits)
- CPU: Intel Core i3-2130 (3.4 GHz)/AMD FX-4100 (3.6 GHz)
- RAM: 8 GB RAM
- GPU: 2 GB, GeForce GTX 660/Radeon R7 370
- Storan: 20 GB
Konfigurasi Dicadangkan
-
- OS: Windows 7/8/10 (64 bits)
- CPU: Intel Core i7-3930K (3.2 GHz)/AMD Ryzen 5 1600 (3.2 GHz)
- RAM: 16 GB RAM
- GPU: 4 GB, GeForce GTX 970/Radeon R9 390
- Storan: 20 GB available space
Keperluan untuk RAM agak tinggi tetapi untuk CPU dan GPU nampaknya PC spesifikasi pertengahan turut dapat mendapat kualiti yang cukup baik.
Vampyr adalah permainan aksi RPG yang meletakkan pemain di kawasan kota London dimana penceritaan permainan tersebut akan memfokuskan watak Jonathan Reid, iaitu seorang doktor yang bertukar menjadi pontianak. Berdasarkan trailer yang dipertontonkan, tampaknya permainan ini akan mempunyai pelbagai adegan-adegan yang ganas dan ikutan-ikutan keagamaan.
Vampyr akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC bermula 5 Jun ini.