Skip to main content

Donkey Kong Country: Tropical Freeze dikeluarkan secara eksklusif untuk Wii U pada tahun 2014. Melalui Nintendo Direct Mini Januari lepas, Nintendo mengumumkan permainan ini akan dikeluarkan untuk Switch pada 4 Mei 2018.

Minggu ini Nintendo mengeluarkan video teknik permainan untuk Switch yang memperlihatkan beberapa peringkat yang perlu dilalui oleh pemain. Semasa dikeluarkan dahulu, permainan ini dipuji kerana mempunyai platformer yang menarik akan tetapi ada yang mengatakan ia terlalu sukar.

Mungkin kerana itu, untuk versi Switch mereka memasukkan watak baru yang boleh digunakan iaitu Funky Kong. Watak ini dikatakan merupakan mod permainan yang lebih mudah kerana mempunyai kelebihan yang akan memudahkan permainan ini.

Leave a Reply