Iconoclasts yang dibangunkan oleh Konjak yang dikeluarkan pada awal tahun ini untuk Playstation 4, Playstation Vita, PC dan Mac. Permainan aksi platformer ini menerima pelbagai pujian dari media dan juga pemain kerana bukan sekadar satu lagi platformer tetapi membawa teknik permainan yang menarik.
Kini sudah menjadi perkara biasa apabila permainan yang baik dikeluarkan ramai yang meminta dikeluarkan untuk Switch sama juga dengan permainan ini, terutama ia dikeluarkan untuk Vita. Nampaknya permintaan ramai ini akan menjadi kenyataan.
Hari ini MP2 Games iaitu syarikat pembangun melalui kuciran di akaun Twitter mereka mengatakan mereka yang dipertanggungjawabkan oleh Konjak untuk membawa permainan ini ke Switch. Walaupun tidak diberikan tarikh tetap tetapi mereka mengatakan akan dikeluarkan pada tahun ini.
IT'S OFFICIAL!!!
MP2 Games is porting Iconoclasts to Nintendo Switch! The game is releasing later this year with a new Boss Rush mode, and will be playable at EGX. Congratulations to @konjak, and hope all of you will be able to play it soon!!(sorry for all the teasing 🐣) pic.twitter.com/5DxZSfsI1J
— MP2 Games (@mp2games) April 10, 2018
Selain itu mereka juga mengatakan versi Switch akan mempunyai mod baru iaitu Boss Rush. Kami sudah semestinya tidak sabar untuk mencuba permainan ini di Switch.