Informasi Permainan Video Terkini
Senarai Permainan Paling Banyak Dimuat-Turun Di Playstation Store Untuk Bulan Mac Dikeluarkan

Senarai Permainan Paling Banyak Dimuat-Turun Di Playstation Store Untuk Bulan Mac Dikeluarkan

Diterbitkan pada Apr 10, 2018 oleh .

Sony Interactive Entertainment melalui penulisan di blog rasmi Playstation mengeluarkan senarai permainan yang paling banyak dimuat-turun di Playstation Store untuk bulan Mac.

Senarai yang dikeluarkan adalah permainan PS4, permainan PSVR, permainan percuma untuk dimainkan, permainan PS Vita, tema untuk PS4 dan permainan PS Classics. Untuk penulisan ini kami akan berkongsi permainan PS4 untuk senarai penuh anda boleh melayari blog Playstation menggunakan pautan di bawah.

Berikut adalah 10 permainan PS4 yang dimuat-turun terbanyak di Playstation Store untuk bulan Mac.

  1. Far Cry 5
  2. MLB The Show 18
  3. A Way Out
  4. Grand Theft Auto V
  5. NBA Live 18: The One Edition
  6. Tom Clancy’s Ghost Recon Wildland
  7. Battlefield 1 Revolution
  8. Titanfall 2 Standard Edition
  9. Monster Hunter World
  10. Gang Beasts

Berdasarkan senarai di atas hanya tiga permainan yang turut tersenarai pada bulan Februari iaitu Monster Hunter World (dari kedudukan no 1 ke no 9), NBA Live 18: The One Edition (dari kedudukan no 2 ke no 5) dan Gang Beasts (kekal no 10).

Far Cry 5 yang diumumkan oleh Ubisoft sebagai permainan siri Far Cry paling laris dan juga kedua terlaris untuk kesemua permainan Ubisoft sudah semestinya dijangka untuk menjadi permainan paling banyak dimuat turun. Dua permainan yang baru dikeluarkan iaitu MLB The Show 18 dan A Way Out masing-masing mengambil tempat kedua dan ketiga.


TIPS & ULASAN