Skip to main content

Slime Rancher dikeluarkan untuk PC dan juga Xbox One pada Ogos tahun lepas lagi dan menerima penerimaan yang sangat baik daripada pemain tetapi buat masa ini tidak dikeluarkan untuk Playstation 4.

Pembangun permainan ini Monomi Park melalui kuciran di akaun Twitter rasmi mereka mengumumkan permainan ini akan hadir secara fizikal untuk Xbox dan juga Playstation 4 pada September 2018.

Slime Rancher merupakan permainan sandbox dan pandang pertama yang mementingkan pengembaraan. Pemain akan menjadi Beatrix LeBeau iaitu penternak slime. Pemain boleh menangkap pelbagai jenis slimes, bercucuk tanam, dan juga mengembara di persekitaran dunia ‘Far, Far Range’.

Buat masa ini tiada harga yang dinyatakan akan tetapi apabila ditanya mereka mengatakan harga tidak banyak berbeza dengan versi PC. Jika di US versi PC adalah $19.99 (RM77).

Leave a Reply