Informasi Permainan Video Terkini
Spider-Man Mendapat Video Teknik Permainan Terbaru – Tarikh Pengeluaran Di Umumkan Esok

Spider-Man Mendapat Video Teknik Permainan Terbaru – Tarikh Pengeluaran Di Umumkan Esok

Diterbitkan pada Apr 4, 2018 oleh .

Game Informer nampaknya bukan sahaja sudah mencuba permainan Spider-Man mereka juga sudah mengetahui tarikh permainan eksklusif untuk Playstation 4 ini akan dikeluarkan, tarikh tersebut akan dikongsikan oleh mereka esok.

Mereka juga meluangkan 2 hari di Studio Insomniac untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permainan yang kami pilih sebagai antara permainan yang kami nantikan untuk tahun ini. Mengenai penceritaan mereka mengatakan Insomniac menganggap penceritaan terbaik untuk Spider-Man adalah apabila dunia Spider-Man dan dunia Peter Parker bercampur.

Selain berkongsi rekaan muka depan majalah Game Informer rekaan Alex Ross, video teknik permainan terbaru juga diperlihatkan yang anda bolen tonton di bawah. Bermula esok, pelbagai lagi maklumat terbaru akan dikongsi mengenai permainan ini.

Kami menjangkakan tarikh pengeluaran Spider-Man adalah akhir Jun selepas E3 kerana pada bulan April, PS4 mempunyai God of War untuk permainan eksklusif, manakala Detroit: Become Human akan dikeluarkan pada bulan Mei jika Spider-Man dikeluarkan Jun menjadikan Playstation 4 mempunyai permainan eksklusif untuk tiga bulan berturut-turut.