Senarai permainan percuma untuk bulan Ogos bagi pelanggan Xbox Live Gold akhirnya diumumkan oleh Microsoft. Bagi mereka yang mempunyai akaun Xbox Live Gold, anda boleh memuat-turun permainan Bayonetta dan Trials Fusion secara percuma pada bulan Ogos ini.

Selain itu, Slime Rancher dan Red Faction: Armageddon juga boleh dimuat-turun secara percuma pada Ogos ini. Berikut adalah senarai permainan percuma bagi Xbox Games With Gold dan tarikh ia boleh dimuat-turun.

  • Slime Rancher – 1 – 31 Ogos (Xbox One)
  • Trials Fusion – 16 Ogos – 15 September (Xbox One)
  • Bayonetta – 1 – 15 Ogos (Xbox 360 & Xbox One)
  • Red Faction: Armageddon – 16 – 31 Ogos (Xbox 360 & Xbox One)

Sohor Kini