Selain daripada Humble Telltale Bundle, kini pihak Humble Bundle turut hadir dengan satu lagi penawaran menarik melalui Humble Saints Row Bundle. Seperti biasa, pengguna boleh menetapkan harga sumbangan yang ingin dilakukan mereka, dan mendapatkan sejumlah permainan melaluinya.
Pada sumbangan minima, sekurang-kurangnya $1, anda akan menerima empat permainan – iaitu Risen 3:Titan Lords Complete Edition, Deadlight : Directors Cut, Homefront, dan juga Saints Row 2. Kesemuanya ditawarkan melalui Steam.
Pada harga sumbangan purata pula, pengguna akan menerima permainan Saints Row:The Third, Saints Row : Gat Out of Hell, Mighty No. 9, dan Killer is Dead – Nightmare Edition.
Bagi anda yang ingin menambah lagi koleksi, anda turut boleh menyumbang $15 dan ke atas, dan mendapatkan Homefront : The Revolution Standard Edition, Saints Row IV Game of the Century Edition, Saints Row : The Third Full Package, dan juga Saints Row : Gat Out of Hell Devil’s Workshop Pack.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan permainan ini daripada Humble Bundle hari ini.
[info]Layari : Humble Bundle[/info]