Skip to main content

Pokemon Go merupakan salah satu permua popular yang dimainkan oleh pemain seluruh dunia, dan baru-baru ini Niantic telah mengumumkan penawarann Pokemon legenda melaluinya. Hari ini, pembangun Pokemon Go turut mengumumkan yang mana dua lagi Pokemon legenda akan ditawarkan, iaitu Moltres dan Zapdos.

Moltres akan ditawarkan antara 31 Julai hingga 7 Ogos, sementara Zapdos pula antara 7 Ogos hingga 14 Ogos.

Seperti biasa, pemain yang ingin menangkap Pokemon legenda perlu menyertai Raid, dan bekerjasama bersama lain untuk menewaskannya.

Buat masa ini, Lugia dan Articuno disediakan untuk pengguna menangkapnya.

Leave a Reply