Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Titanfall 2 Dengan Sokongan Mod 4 Pemain Koperatif Kini Sedia Dimuat-Turun
PC

Kemaskini Titanfall 2 Dengan Sokongan Mod 4 Pemain Koperatif Kini Sedia Dimuat-Turun

Diterbitkan pada July 25, 2017 oleh .

Seperti dikongsikan sebelum ini, kini kandungan tambahan (DLC) untuk permainan Titanfall 2 telah pun tersedia, sekaligus membolehkan para pemain permainan berkenaan di konsol PlayStation 4, Xbox One atau di PC untuk memuat-turunnya secara percuma.

Melalui DLC yang dinamakan Operation Frontier Shield ini, ia menawarkan sejumlah perkara baru kepada para pemain Titanfall 2 – dan yang paling utama adalah mod koperatif untuk 4 orang pemain. Sejumlah ganjaran disediakan untuk mod ini, selain menyokong sehingga lima peta buat masa ini.
Kemaskini baru ini turut menawarkan penambahan dua peta baru untuk permainan ini.

Bagi anda yang memainkan permainan Titanfall 2 ini, mungkin boleh memulakan muat-turun, dan menikmati ciri-ciri permainan baru yang ditawarkan bersama dengannya ini.