Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Mengumumkan Tarikh Pelancaran LOST SPHEAR

Square-Enix Mengumumkan Tarikh Pelancaran LOST SPHEAR

Diterbitkan pada July 25, 2017 oleh .

Pembangun permainan I Am Setsuna, Tokyo RPG Factory dari Square-Enix, kini telah mengumumkan tarikh pelancaran untuk permainan RPG mereka yang seterusnya, iaitu LOST SPHEAR pada 23 Januari 2018. Ia bakal dilancarkan untuk PlayStation 4, Nintendo Switch dan juga PC. Bagi pemain Jepun, LOST SPHEAR akan dilancarkan lebih awal, iaitu pada 12 Oktober 2017.

LOST SPHEAR merupakan permainan kedua oleh Tokyo RPG Factor selepas I Am Setsuna yang menerima pujian ramai pemain kerana ia mengekalkan klasik JRPG dari segi bentuk permainan dan juga penceritaan.

Permainan ini boleh dipra-tempah secara digital di PSN Store, E-Shop dan Steam. Bagi mereka yang membuat pra-tempah di Playstation, anda akan menerima sebuah tema PS4 Memoirs Of The Moon secara percuma termasuk dua muzik tambahan. Manakala di Steam pula, anda akan mendapat gambar latar khas dan juga dua muzik tambahan.

Permainan ini juga bakal tiba secara bentuk fizikal dan boleh dipra-tempah di kedai atas-talian Square-Enix.