Pokemon Go merupakan salah satu permainan yang menjadi bualan ramai sejak ia dilancarkan pada tahun lepas. Walaubagaimanapun, angka pengguna permainan berkenaan menurun dengan mendadak selepas beberapa bulan ia dilancarkan.
Walaubagaimanapun, masih terdapat sejumlah besar pemain aktif setiap bulan yang aktif menangkap Pokemon liar yang muncul berdekatan dengan mereka.
Kini, hari ini Pokemon Go menyambut ulang-tahun pertama, dan bersempena dengannya, mereka menawarkan watak Pikachu khusus yang memakai topi Ash daripada 6 Julai 2017 ini sehingga 24 Julai kelak. Watak Pikachu memakai topi Ash ini akan hadir secara rawak di seluruh dunia.
Disamping itu, pengguna turut boleh membuat pembelian dalam permainan pada harga diskaun, termasuk mendapatkan Anniversary Box khusus.
Bagi anda yang masih memainkannya, mungkin boleh memakai topi anda, dan mula mencari Pikachu dengan topi Ash ini sekarang.