Skip to main content

Overcooked: Special Edition bakal dilancarkan untuk pengguna konsol Nintendo Switch pada 27 Julai ini. Permainan ini akan ditawarkan pada harga $19.99 (~RM86) dan didatangkan bersama penambahan kandungan tambahan (DLC) The Lost Morsel dan juga Festive Seasoning.

Overcooked: Special Edition akan mengandungi 9 tahap perlawanan yang mana pemain boleh bermain bersama-sama dua atau empat pemain lain. Permainan ini juga menawarkan 22 watak chef yang boleh dimainkan dan juga 44 tahap kempen yang boleh dimainkan secara solo atau bekerjasama dengan sehingga empat pemain lain.

Overcooked pernah memenangi dua anugerah permainan untuk permainan keluarga terbaik di British Academy Games Awards tahun ini.

Leave a Reply