Bagi para pelanggan PlayStation Plus, salah satu penawaran menarik melaluinya adalah permainan percuma untuk dimuat-turun setiap bulan. Terkini, untuk bulan Julai 2017 ini, Sony telah mengumumkan sebanyak enam permainan yang ditawarkan untuk para pengguna. 6 permainan tersebut adalah:

  • Game of Thrones: The Complete Season (PS4)
  • Fat Princess Adventures (PS4)
  • Deception IV: The Nightmare Princess (PS4)
  • Element4l (PS4, PS Vita)
  • Hatoful Boyfriend (PS, PSVita)
  • Eat Them! (PS3)

Bagi anda yang mempunyai langganan PlayStation Plus, anda boleh memuat-turun permainan ini bermula daripada 6 Julai ini dan memainkannya pada konsol kesayangan anda tersebut. Selain daripada itu, bagi anda yang ingin membeli permainan The Walking Dead Season 2, anda turut boleh menikmati potongan sebanyak 20% untuknya.

Sohor Kini