Ujian beta untuk Destiny 2 sepatutnya ditamatkan pada hari ini, 24 Julai 2017. Walaubagaimanapun, pihak Bungie kini dilihat ingin melakukan sedikit ujian lanjutan untuk permainan berkenaan – dan akan memperluaskan beta terbuka untuk sehari lagi, iaitu sehingga 25 Julai 2017.
Bagi anda yang sedia memainkannya pada PlayStation 4 atau Xbox One, boleh menikmatinya untuk sehari lagi, sebelum beta terbuka ini ditamatkan.
Destiny 2 Beta ini menyertakan misi pembukaan cerita untuk permainan ini, serta sokongan permainan kompetitif 4v4.
Destiny 2 akan dilancarkan pada bulan September ini untuk konsol, dan diikuti ke PC pada bulan Oktober kelak.
The Destiny 2 Open Beta has been extended through Tuesday 7/25 for additional service testing. Expected completion is 6 PM PDT.
— Bungie Help (@BungieHelp) July 23, 2017