MSI MGA x The Gameplan Interschool LAN Party bakal diadakan di SkyPark One City Mall, Subang pada 29 Julai ini. Acara ini bakal melangsungkan perlawan terakhir bagi Interschool Cyber Challenge untuk permainan Overwatch, Dota 2 dan Street Fighter V antara pelajar-pelajar kolej dari seluruh Malaysia.

Bagi anda yang tidak terlibat dengan perlawan terakhir tersebut, terdapat pelbagai aktiviti lain seperti PC Assembly Challenge, Overwatch Open Challenge, FIFA 17 Challenge, Dota 1VS1 Challenge dan pelancaran laptop terbaru MSI, iaitu MSI GT75VR. MSI juga bakal mengumumkan kolaborasi mereka bersama Lazada pada acara tersebut.

Antara pasukan e-sukan yang akan hadir adalah termasuk dari Multimedia University Melaka, University Malaysia Sabah, Tunku Abdul Rahman University College, Two Studios Penang, Nilai International Colllege, dan juga Brickfields Asia College PJ.

Bagi anda yang yang berminat untuk menyertai LAN Party yang berlangsung selama 36 Jam, anda juga boleh membawa komputer anda sendiri pada 29 Julai ini.

Untuk yang berminat, boleh semak laman acara dan hadirkan diri pada 29 Julai ini. Jumpa anda disana. 🙂

Sohor Kini