Informasi Permainan Video Terkini
5 Lagi Permainan Baru Diumumkan Untuk PSX SEA 2017 Di Kuala Lumpur

5 Lagi Permainan Baru Diumumkan Untuk PSX SEA 2017 Di Kuala Lumpur

Diterbitkan pada July 24, 2017 oleh .

Bagi mereka yang bakal menghadirkan diri di PSX SEA 2017 pada 5 Ogos ini, anda berpeluang untuk bermain 5 permainan baru iaitu No Heroes Allowed! VR, Bravo Team, Matterfall, The Inpatient dan Taiko No Tatsujin Drum Session.

Sebelum ini, Playstation Asia turut telah mengumumkan Ni No Kuni II: Revenant Kingdom bakal hadir ke acara tersebut.

PlayStation Experience 2017

Playstation Experience 2017 South-East Asia, atau PSX SEA 2017 adalah acara akan datang oleh Playstation khas untuk peminat di rantau Asia Tenggara, dan diadakan julung kalinya di Kuala Lumpur, Malaysia pada 5 Ogos. PSX SEA 2017 akan berlangsung dari 10 pagi ke 10 malam, bertempat di KL Live, Kuala Lumpur. Kemasukan adalah percuma.

Dengan pengumuman ini, semestinya kita mungkin akan melihat beberapa pengumuman menarik lain daripada Sony pada hari-hari akan datang berkenaan penawaran mereka pada acara PSX 2017 ini.