Blizzard merupakan salah satu penerbit permainan popular, dan mempunyai sejumlah permainan yang dimainkan secara aktif oleh pengguna PC seluruh dunia. Dengan perkembangan perkomputeran hari ini, kini Blizzard turut mengumumkan proses sokongan sistem operasi Windows mereka.

Menurut Blizzard, mereka akan menamatkan sokongan untuk Windows XP dan Windows Vista menjelang bulan Oktober kelak – untuk permainan World of Warcraft, StarCraft II, Diablo III, Hearthstone, dan juga Heroes of the Storm.

Microsoft sendiri telah menamatkan sokongan untuk sistem operasi ini sebelum ini – sekaligus membuatkan ramai pengeluar perisian menamatkan sokongan untuknya.

Seperti biasa, Blizzard mengalakkan pengguna untuk mengemaskini ke sistem operasi baru untuk terus menikmati permainan mereka dengan baik.

Sohor Kini