Naughty Dog, pembangun permainan Uncharted: The Lost Legacy hari ini telah mengumumkan di Facebook, yang mana permainan tersebut telah pun siap dibangunkan. Dengan siap dibangunkan, ia kini telah pun sedia untuk dicetak secara fizikal dan bersedia untuk dipasarkan dalam beberapa minggu lagi.
Uncharted: The Lost Legacy merupakan permainan baru dibawah siri Uncharted, dimana kali ini, permainan ini akan memfokuskan penceritaan Chloe Frazer dan Nadine Ross.
Uncharted: The Lost Legacy akan dilancarkan esklusif di Playstation 4 pada 22 Ogos ini.