Shadow Warrior merupakan salah satu permainan aksi pandang pertama yang dibangunkan oleh penerbit indie. Pengguna boleh menggunakan senjata api dan juga katana dalam berlawan dan menewaskan musuh, dan menyelesaikan sejumlah misi yang disediakan pada permainan berkenaan.

Kini, untuk tempoh terhad, permainan ini ditawarkan secara percuma melalui Humble Store.

Pengguna hanya perlu menebus permainan ini daripada Humble Store, dan anda akan diberikan kod muat-turun percuma melalui Steam – dan boleh dimainkan pada PC berasaskan Windows, Mac mahupun Linux.

Bagi anda yang berminat dan ingin mencuba sesuatu yang baru pada penghujung minggu ini, mungkin boleh menebus permainan Shadow Warrior : Special Edition ini hari ini.

Muat-Turun Shadow Warrior : Special Edition

Sohor Kini