Skip to main content

The International 2017 Valve Secret Shop (TI7 Secret Shop), kedai barangan rasmi Dota 2 oleh Valve, ditutup buat sementara waktu walaupun hanya baru dilancarkan beberapa hari lepas.

Valve menyatakan bahawa kedai atas talian itu ditutup akibat kos penghantaran yang terlampau tinggi, membuatkan peminat menghadapi masalah dari segi membeli barangan di situ.

Valve mengambil keputusan untuk menutup TI7 Secret Shop buat sementara waktu untuk membuat penambah-baikkan dan mengatasi masalah berkenaan. Bagi pelanggan yang sudah membuat penempahan, mereka akan mendapat barangan tersebut atau boleh memohon untuk mendapatkan pembayaran kembali.

Leave a Reply