Informasi Permainan Video Terkini
Barbershop Simulator – Permainan Simulasi Memotong Rambut Daripada Pembangun Indie
PC

Barbershop Simulator – Permainan Simulasi Memotong Rambut Daripada Pembangun Indie

Diterbitkan pada July 6, 2017 oleh .

Terdapat sejumlah permainan yang dibangunkan pembangun indie, dan ditawarkan secara percuma. Baru-baru ini, kami telah menemui salah satu permainan menarik untuk dimainkan, iaitu Barbershop Simulator.

Melalui permainan ini, pengguna akan memainkan watak pemotong rambut dan perlu memenuhi permintaan pengguna untuk mencukur jambang, memotong rambut, dan sebagainya.

Barbershop Simulator

Permainan ini boleh dikatakan berbentuk sedikit kasual, dan boleh dimainkan ketika anda mempunyai masa terluang. Walaubagaimanapun, ia mungkin sedikit bosan untuk bermain ia secara berulang kali memandangkan kadang-kala beberapa permintaan adalah lebih kurang sama.

Namun, sekiranya anda ingin mencuba kaedah mencukur dan hadir dengan jambang yang kreatif, mungkin ini adalah permainan untuk anda.

Sekiranya anda berminat, anda boleh memuat-turun permainan simulasi ini secara percuma hari ini untuk PC.

Muat-Turun Barbershop Simulator