Bagi mereka yang sudah mencuba Destiny 2 Open Beta, anda kini berpeluang untuk memenangi permainan Destiny 2 Edisi Terhad dengan berkongsi pengalaman anda bersama Destiny 2 Open Beta di Youtube. Disamping itu, 3 video penyertaan terbaik juga akan disertakan di dalam trailer epik akan datang.
Destiny 2 merupakan salah satu permainan tembak-menembak pandang pertama yang dibangunkan oleh Bungie. Sementara menantikan pelancaran rasminya pada Oktober kelak, pembangunnya seperti biasa menawarkan ujian beta terbuka kepada pengguna – sekaligus membolehkan para pemain mendapatkan pengalaman mencubanya sebelum membeli permainan akhir berkenaan. Destiny 2 Beta umum boleh dimuat-turun dan dimain sekarang sehinggalah 24 Julai kelak.
[info] Pendaftaran : Video Pengalaman bersama Destiny 2 Beta [/info]