Sempena pelancaran siri komputer terbaru The Omen, HP di Malaysia hari ini, HP turut mengumumkan mereka akan mengadakan pertandingan pertama e-Sukan Dota 2 pada bulan Ogos ini. Anda boleh membuat pendaftaran bermula hari ini, 20 Julai sehingga 27 Julai.

Pertandingan tersebut akan bermula pada 29 Julai secara atas-talian dan perlawanan terakhir akan dilangsungkan di TGV 1 Utama pada 12 Ogos kelak. Anda juga boleh menghadirkan diri di 1 Utama pada 12 Ogos ketika perlawanan terakhir pertandingan Dota 2 tersebut untuk berpeluang memenangi pelbagai kelengkapan The Omen oleh HP.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan diri hari ini, dan berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah RM20,000 melaluinya.

Pendaftaran : Pertanding Dota 2 Oleh HP Omen

Sohor Kini