Gamescom 2017 bakal berlangsung pada bulan Ogos ini, dan bersempena dengannya, hari ini Electronic Arts atau EA telah mengumumkan yang mana mereka akan menghadirkan diri – disamping akan turut mempunyai siaran langsung tersendiri bersempena dengan acara berkenaan.

Menurut EA, melalui acara yang dijadualkan pada 22 Ogos kelak, pengguna akan diperlihatkan dengan beberapa gameplay baru daripada EA, selain mempunyai sejumlah kejutan menarik untuk pengguna.

Sebelum ini, EA sedia berkongsi mengenai Star Wars Battlefront II, Need for Speed Payback, FIFA 18, dan beberapa permainan lain. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai permainan berkenaan, selain mungkin EA turut mempunyai kejutan mereka tersendiri pada acara berkenaan kelak.

Sohor Kini