The Wolf Among Us Musim Kedua Akhirnya Akan Hadir Pada 2018

Untuk tahun 2018, Telltale Games dilihat mempunyai dua penawaran permainan. Selain daripada The Walking Dead, permainan The Wolf Among Us juga akan hadir pada 2018 kelak.

The Wolf Among Us

Permainan The Wolf Among Us musim pertama telah diperkenalkan pada 2014 yang lepas, menawarkan kisah detektif yang menarik dalam melalui pelbagai misi yang mencabar. Sejak daripada pengenalannya, ramai pemain yang memohon untuk Telltale Games hadir dengan musim kedua permainan berkenaan.

The Wolf Among Us

The Wolf Among Us

Setelah sekian lama mendiamkan diri, kini Telltale Games berkongsi mengatakan musim kedua untuk permainan berkenaan akan kembali pada 2018 kelak dengan kisah penceritaan yang serba baru tetapi memfokuskan kepada watak yang sama – iaitu Bigby Wolf dan Snow White.

Sohor Kini