Informasi Permainan Video Terkini
DragonBall Fighter Z Turut Akan Menawarkan Watak Kurin (Krillin) Dan Pikor (Piccolo)
PC

DragonBall Fighter Z Turut Akan Menawarkan Watak Kurin (Krillin) Dan Pikor (Piccolo)

Diterbitkan pada July 19, 2017 oleh .

Pada awal minggu ini, kita sedia mendengar yang mana para pemain DragonBall FighterZ akan boleh memainkan watak Trunks pada permainan berkenaan kelak. Kini, melalui majalah V-Jump di Jepun, pembangun permainan berkenaan turut berkongsi mengatakan watak Kurin (Krillin) dan Pikor (Piccolo) akan turut dapat dipermainkan pada permainan berkenaan.

DragonBall FighterZ

Seperti pada anime, kedua-dua watak ini akan membawakan kelebihan masing-masing ketika berlawan. Pikor akan menawarkan kawalan memanjangkan tangan untuk menangkap musuh, selain turut boleh menembak beam.

Kurin pula menawarkan penggunaan sejumlah teknik untuk berlawan, termasuk menggunakan Kamehameha dan Destructo Disc.

Selain kedua-dua watak ini, antara watak yang telah diumumkan buat masa ini akan datang ke permainan berkenaan adalah Goku, Vegeta, Gohan, Cell, Frieza, dan Majin Buu.

DragonBall FighterZ akan hadir ke PC, PlayStation 4 dan juga Xbox One pada awal 2018 kelak.