Bagi peminat siri Dragonball, anda mesti menanti-nantikan pengumuman terbaru untuk permainan Dragonball FighterZ yang bakal tiba pada awal tahun 2018 kelak. Bandai Namco baru sahaja mengumumkan Trunks, adalah watak terbaru untuk permainan tersebut di EVO 2017.
Seperti yang dapat ditonton pada trailer di atas, pemain akan dapat bermain watak Trunks sebagai Super Saiyan dan dia mempunyai pelbagai teknik perlawanan yang terkenal dari siri anime dan manga Dragonball Z.
Buat masa sekarang, Dragonball FighterZ mempunyai 7 watak yang pemain boleh mainkan, iaitu Goku, Vegeta, Gohan, Cell, Frieza, Majin Buu dan Trunks.