Life Is Strange: Before The Storm merupakan prekuel kepada Life Is Strange, iaitu permainan berepisod pengembaraan interaktif. Permainan Life Is Strange yang pertama dilancarkan pada tahun 2015 lepas dan telah mendapat pujiankerana keunikkan gaya penceritaannya. Kali ini, Deck Nine membawa penceritaan siri Life Is Strange ke prekuel, 3 tahun sebelum permainan yang pertama dan memfokuskan watak Chloe, rakan karib watak utama yang dimainkan untuk permainan Life Is Strange pertama, Max.

Rhianna Devries menggantikan Ashly Burch, memegang watak suara latar untuk Chloe Price. Walaupun Ashly Burch tidak lagi memegang watak Chloe, dia masih lagi terlibat dalam pembangunan permainan ini sebagai pembantu penulis permainan ini. Pembangun dari Deck Nine, Zak Garris, juga berkongsi maklumat berkenaan persediaan mental Rhianna untuk memegang watak Chloe, dan juga perwatakkan Rachel yang merupakan pengaruh besar untuk permainan ini.

Life Is Strange: Before The Storm episod pertama akan dilancarkan pada 31 Ogos ini pada konsol PS4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini