Skip to main content

Antara permainan simulasi dunia koboi yang dinanti-nantikan oleh peminat, Red Dead Redemption 2 mungkin akan dilancarkan lebih awal daripada peminat sangkakan. Menurut laporan PSU, permainan tersebut tertiris di laman penjualan permainan di Denmark, Coolshop iaitu pada 8 Jun 2018.

Menariknya, laman tersebut juga sebelum ini pernah menyiarkan tarikh pelancaran permainan Rockstar yang terkenal sebelum ini iaitu Grand Theft Auto V sebelum ia diumumkan secara rasmi oleh Rockstar sendiri.

Namun buat masa ini, Rockstar masih belum mengumumkan sebarang informasi berkenaan pelancaran permainan Red Dead Redemption 2. Pada November lepas juga, Rockstar mengumumkan bahawa permainan tersebut akan menyertakan sistem mikro-transaksi. Pada September lepas juga, Rockstar mempertontonkan trailer terbaru buat permainan tersebut yang mana ia memaparkan sebilangan bentuk permainan disamping sebilangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh pemain.

Red Dead Redemption 2 adalah permainan sekuel kepada Red Dead Redemption yang dilancarkan 2010 lepas di Playstation 3 dan Xbox 360. Kini permainan terbaru Red Dead Redemption dijadualkan untuk dilancarkan 2018 dan ia ditawarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

 

Leave a Reply