Informasi Permainan Video Terkini
Hideo Kojima Menyatakan Kejutan Besar Bakal Tiba Pada 2018 Ini Buat Permainan Death Stranding

Hideo Kojima Menyatakan Kejutan Besar Bakal Tiba Pada 2018 Ini Buat Permainan Death Stranding

Diterbitkan pada Dis 27, 2017 oleh .

Baru-baru ini, Kojima Productions berkongsi trailer terbaru buat permainan akan datang oleh mereka iaitu Death Stranding yang mengejutkan peminat sekaligus memeningkan mereka dengan kandungan trailer tersebut.

Namun hari ini, bersempena dengan temu-ramah di majalah Dengeki Playstation, Hideo Kojima memberi beberapa kenyataan berkenaan permainan tersebut.

Menurut laporan Gematsu, Hideo Kojima menyatakan bahawa proses pembangunan Death Stranding sangat baik dimana pihak Sony Interactive Entertainment juga sangat terkejut bahawa permainan tersebut dibangunkan dengan begitu pantas.

Menurut Hideo Kojima juga, beliau akan mengumumkan sesuatu yang besar menjelang 2018 ini juga. Mungkinkah kita akan menerima tarikh pelancaran permainan tersebut?