Informasi Permainan Video Terkini
Jom Tonton : Video Pembukaan Bagi Permainan Dragonball FighterZ
PC

Jom Tonton : Video Pembukaan Bagi Permainan Dragonball FighterZ

Diterbitkan pada Dis 25, 2017 oleh .

Bagi peminat siri anime Dragonball, anda pasti menghitung hari menanti permainan perlawanan terbaru oleh Arc System Works dan Bandai Namco, iaitu Dragonball FighterZ yang mana ia bakal dilancarkan pada 26 Januari ini. Bagi mengubati perasaan tidak sabar anda, Bandai Namco minggu ini berkongsi trailer terbaru bagi permainan tersebut yang mana ia merupakan video pembukaan bagi permainan perlawanan tersebut.

Video tersebut memfokuskan kesemua watak yang telah diumumkan oleh mereka yang mana terdiri daripada 20 watak. Tambahan juga, pada Oktober lepas, Bandai Namco juga menyatakan bahawa permainan tersebut akan menyertakan lagi sebilangan watak tambahan melalui pas musim.

Bagi mereka yang tidak sabar untuk mencuba permainan tersebut, Bandai Namco juga mengumumkan bahawa beta bagi permainan Dragonball FighterZ akan bermula pada 13 Januari ini khas di Playstation 4 dan Xbox One.

Dragonball FighterZ ialah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Arc System Works dan dilancarkan oleh Bandai Namco. Permainan ini bakal dilancarkan pada 26 Januari 2018 ini khas buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.